Saturday 27 September 2014

Ujian yang sama , Situasi yang berbeza

 Rumah.
   
   Sebuah bangunan yang dibina untuk keselesaan sekelompok manusia atau lebih tepat lagi keluarga. Memang selesa plus bebas untuk aku buat apa saja. Menyanyi , melompat , makan tapi satu benda ja yang tak selesa . Bila manusia yang bergelar adik datang menyerabutkan suasana. Memanglah orang akan cakap 'biasa la tu budak- budak ' memangla perangai budak budak suka main main tapi masalahnya kalau dlah begaduh tepekik telolong macam mana aku nak study? And bila aku nak ambik inisiatif untuk aku boleh teruskan ulang kaji aku dengan meleraikan perang saudara tadi . Mesti last last aku yang akan dipersalakan sebab terpekik telolong marah adik aku. Almaklumlah aku ni perempuan bak kata ayah 'Kau tu perempuan tak malu ke menjerit mcm tu ?' .Hmm.. sapa ja yang tak malu bila orang cakap dia tu anak dara kurang adab selalu menjerit .Tapi aku boleh buat ape je untuk leraikan perang tu . Tumbuk ? Terajang ? Tarik rambut? semua penah buat dah. Diorang tetap macam tu juga' . So kadang kadang aku terpikir gak nak masuk hostel. Hostel sekolah aku pun lawa locker besi , katil dua tingkat , dinding batu , bilik air cantik. 
Tapi...

Asrama.

 Sebuah bangunan besar yang dibina khas untuk pelajar pelajar sekolah yang menetap jauh dari rumah. Tapi bagi sekolah aku jauh atau dekat jarak rumah tak penting . Yang penting kau submit borang masuk asrama kau kat cik liza atau cik kiah yg mulut banyak tu. Bangunan asrama kat sekolah aku ni tersangat lah cantik ni bukan perlian ini sebuah kenyataan. Aku penah menetap kat asrama ni tahun lepas tapi bila tahun ni aku keluar. Nak tau kenapa? Sebab bila dalam asrama kau takkan rasa bahagia macam mana duduk kat luar terutamanya budak lower form macam aku ni .Al maklumlah junior memang selalulah kena ragging dengan senior ,Orang cakap biasalah tu duduk asrama of course kena buli setakat buat duty kamar hari - hari apa;ah sangat.Zaman diorang dulu lagi teruk kena buat itulah buat inilah ada yang logik dan ada yang tak logik katanya. Apa yang jadi kat aku dulu dah cukup memberi kesan yang amat dalam kat aku. 


Malam pertama aku kat sana . OK cuma kadang kadang sebak ingatkan kawan kawan Y6 . Malam kedua jeng jeng jeng senior mula tunjuk taring. Diorang mula cakap apa yang kita orang tak boleh dan apa yang diorang boleh buat. Dan semua peraturan mereka bersifat sungguh tak adil tapi harus aku dan kawan kawan relakan . Malam ketiga malam di mana aku diperli dimaki dan ditengking di depan semua ahli kamar yang mempunyai 30 ahli semuanya. Memang diorang tak point nama, tapi dah cukup membuatkan aku rasa sakit, pedih,nak nangis dan bengang. Akibatnya aku hilang semua kestabilan emosi aku. Aku hilang semua keberanian aku . Apa yang tinggal cuma kesakitn yang amat dalam yang selama ni aku pendamkan pada orang. Bukan nak cakap dulu (before kene bash) aku berani sangat. Tak . Tapi cukuplah sekadar berani berdepan dengan manusia yang aku tak kenali atau lebih familiar dengan pekataan stranger. Sekarang ni aku nak pergi beli makanan pun aku takut . Takut dengan spekulasi mereka tentang aku tentang pakaian aku rupa aku .
     
Hmm senang cite kalau duduk hostel 24 jam kau akan dikelilingi dengan pelbagai kerenah manusia yang boleh menimbulkan perbalahan ummah bukan boleh menimbulkan llagi tapi memang menimbulkan perbalahan ummah . Mana tidaknya aib orang dibuka' nya dijaja ceritanya sana sini. Akibatnya mangsa nya dipulaukan hanya kerana sebuah kesalahan. Hmm memang ada kalanya membantu membangun tapi kebanyakkannya hanya membantu menjatuhkan semangat. Kalau kata senior yang buat semua kerja ni aku boleh terima sebab bagi aku senior tu dua tiga tahun lagi berambusla plus nanti masa aku jadi senior maybe aku jadi macam tu juga' or even more worse than them. Tapi kalaudah kawan sendiri yang buka' keslahan kita pulaukan kita secara besar besaran. Bayangkan ! macam mana nak study ? Bila masa nak fikir pasal kawan ? Bila masa nak fikir pasal senior ? Masa nak jiwang jiwang ingat parents ? Bila masa nak study? Sesungguhnya ia amat menguji metaliti seseorang. 

Memang ramai yang cakap lepas kena semua benda tu kau akan kuat . Memang aku kuat kuat apa . Kuat menangis. Kuat mengutuk . Perli belum lagi sebab aku tak de keberanian untuk marah orang sekeliling aku . Akibatnya aku juga' yang jadi mangsa. aku penah dikhianati , diperli , dimaki, dimarahi ada yang orang nampak dan ada yang orang tak nampak ada yang orang tahu dan ada yang orang tak tahu. Bila  kaji balik kedua duanya . Sebenarnya dua dua tempat tu sama ja level ujian tu. Cuma situasi dia je lain. Kalau dekat rumah ujiannya adik adik kat sekolah ujiannya rakan rakan. 

No comments: